Monday, February 22, 2010

20 – 21 Februari 2010, Masjid Jamek Kundasang :

Usrah Kru-Kundasang dan qiammul lail untuk kali ke-2 telah diadakan. Dalam usrah ini, 2 agenda telah dibincangkan iaitu :

1. Perbincangan untuk program “Kem Remaja Islam (KRIS) Kundasang”. Program ini dijangka akan dibuat pada Bulan April bertempat di SMK Kundasang.

2. Penyerahan sumbangan Kru-Kundasang kepada saudara Mohammad Fazrie Hadiman. Fazrie merupakan anak yatim-piatu dan kini sedang belajar di SMK Kundasang (Tingkatan 4). Fazrie mempunyai 8 adik-beradik dan merupakan anak yang ke-6. Malangnya, abang dan kakaknya tidak berada di sampingnya buat masa ini(sbb bekerja/sekolah) melainkan seorang kakaknya dan adiknya. Kini, Fazrie dan adiknya di bawah jagaan kakaknya iaitu Norshila yang juga sedang menuntut di SMK Kundasang(Tingkatan 6).

No comments:

Post a Comment