Wednesday, December 23, 2009

PENUBUHAN DAN LAPORAN AKTIVITI KELAB REMAJA UKHUWWAH KUNDASANG (KRUK)

Pada 15 dan 16 Disember 2009, telah diadakan satu program iaitu program "Islam Id Ginawo" yang bermaksud "Islam di hatiku". Program ini merupakan program anjuran Persatuan Siswazah Sabah (PSS) dan bertempat di Masjid Jamek Kundasang. Tujuan utama program ini diadakan adalah untuk membina motivasi diri para remaja khususnya mereka yang bakal menghadapi peperiksaan besar pada tahun hadapan. Selain itu, program ini juga bertujuan untuk memantapkan lagi aqidah para remaja di samping mencari remaja yang dapat meneruskan dakwah Islam dalam kalangan remaja di bumi Kundasang. Program ini boleh dikatakan perintis kepada pembentukan Kelab Remaja Ukhuwwah Kundasang (KRUK). Program yang dijadualkan bermula pada pukul 10.00 pagi terpaksa ditunda 25 minit berikutan kehadiran pihak penganjur agak lewat sedikit. Tepat pada 10.30 pagi, pihak penganjur tiba dan sesi pendaftaran para peserta bermula. Sejurus kemudian, para peserta diberi taklimat tentatif program. Tepat pada pukul 11.00 pagi, para peserta telah mendengar satu ceramah yang disampaikan oleh Abang Nadir, ketua fasilitator, program tersebut, Ceramah tersebut adalah amat menarik dan amat membantu remaja pada masa kini untuk memahami kududukan umat Islam di Sabah. Salah satu isu menarik yang dibincangkan dalam ceramah tersebut ialah Kritianisasi di Sabah. Ceramah tersebut telah memakan masa selama sejam iaitu sehingga jam 12.00 tengahari. Selesai ceramah tersebut, waktu zohor pun tiba dan sememangnya sudah menjadi kewajipan umat Islam untuk menunaikan solat. Selesai sahaja solat zohor, aktiviti seterusnya ditunda sehingga jam 1.30 petang untuk memberi kelonggaran kepada para peserta untuk berehat.
Tepat pada jam 1.30 petang, aktiviti yang seterusnya ialah aktiviti "membuat Pulau Idaman". Para peserta telag dibahagikan kepada 3 kumpulan.
Setiap kumpulan dikehendaki melukis sebuah pulau yang bercirikan Islam dengan peruntukan yang diberikan adalah sebanyak 100 juta ringgit. Aktiviti ini bukan sahaja seronok malah menguji kepimpinan diri seseorang di samping melatih individu untuk bercakap di hadapan orang ramai. Selesai sahaja melukis pulau idaman, para peserta diminta untuk membentangkan hasil kerja mereka. Aktiviti ini telah memakan masa selama kira-kira 2 jam. Bermula dari jam 1.45 petang, sehinggalah tiba waktu asar barulah aktiviti ini selesai. Aktiviti ini amatlah seronok terutamanya pada sesi pembentangan. Girang hati melihat gelagat yang ditunjukan oleh para peserta. Selesai sahaja aktiviti ini, kedengaran laungan Azan yang menandakan masuknya waktu Asar.
Aktiviti yang seterusnya dijalankan pada jam 3.45 petang. Aktiviti ini agak susah sedikit kerana para peserta dikehendaki berhadapan dengan masyarakat disamping perlu berjalan ke tempat yang jauh. Aktiviti ini juga dijalankan secara berkumpulan. Setiap kumpulan telah diberikan sebungkus beras 5kg, sebuah 'hamper' kecil, dan 2 tin minuman "Istak". Arahan pertama dalam aktiviti ini ialah setiap kumpulan hendaklah mencari sebuah keluarga yang taraf hidupnya rendah. Kemudian, para peserta hendaklah menemuramah keluarga tersebut dengan beberapa soalan tertentu.
Begitu juga dengan arahan ke-2, setiap kumpulan hendaklah menyediakan satu sesi temuramh. Arahan ke-2 menyuruh para peserta untuk berjumpa dengan seorang remaja yang ketagih arak dan mempromosikan minuman Istak kepadanya. Minuman Istak satu minuman yang mempunyai ciri-ciri yang sama dengan arak cuma perbezaannya ialah Istak tidak memabukkan dan dijamin halal. Antara ciri-ciri Istak yang sama dengan arak ialah Istak boleh memanaskan badan dan rasanya juga sama seperti arak. Tujuan Istak dipromosikan kepada golongan remaja ialah untuk mengelakkan remaja daripada meninum minuman yang memabaukkan. Arahan seterusnya ialah mempromosikan minuman Istak di kedai-kedai yang menjual minuman keras. Para peserta dikehendaki meyakinkan para pekedai sehingga mereka benar-benar yakin dengan produk minuman Istak. Minuman Istak sememangnya amat sesuai untuk dipromosikan di bumi Kundasang.
Sekarang ini kerana suhu persekitarannya yang rendah. Tambahan pula, cuaca di Kundasang biasanya sejuk dan lembap. Oleh hal yang demikian amatlah sesuai Istak diminum untuk memanaskan badan. Aktiviti ini ditunda kembali selepas solat fardhu Isyak untuk sesi laporan kerana masa tidak mengizinkan.
Waktu diantara Maghrib dan Isyak pula telah diisi oleh satu tazkirah yang disampaikan oleh saudara Jubair B. Juhinin. Tazkirah tersebut disampaikan selepas para peserta menjamu masakan yang amar lazat sekali yang telah dimasak oleh Abang ....
Sesi laporan yang ditunda sebentar tadi diteruskan kembali selepas solat fardhu Isyak. Sekali lagi, gelagat yang ditunjukkan para peserta amat menghibur hati para pemerhati dan peserta yang lain. Walaupun penat menjalani aktiviti dari pagi hingga ke petang, namun melihat gelagat yang ditunjukkan para peserta semasa sesi laporan sudah cukup untuk menghilangkan segala penat lelah.
Aktiviti diteruskan lagi dengan aktiviti muhasabah diri. Dalam aktiviti ini, sekali lagi Abang Nadir memberikan ceramah kepada para peserta. Salah satu isu yang dibincangkan dalam ceramah tersebut ialah keruntuhan sistem pemerintahan khilafah.
Renunglah kembali di saat kegemilangan Islam. Islam pernah menguasai 2/3 dunia tetapi oleh kerana umat Islam itu sendiri tidak berpegang teguh pada Al-Qur'an dan Al-Hadis maka demikianlah balasan Allah S.W.T selepas selesai ceramah yang disampaikan oleh Abang Nadir, maka berakhirlah tentatif program untuk hari tersebut tersebut. Aktiviti yang seterusnya iaitu Qiamul Lail akan dijalankan pada hari esok (16 Disember 2009) pada 3.45 pagi.
Aktiviti yang dijadualkan bermula pada jam 3.45 pagi terpaksa ditunda pada jam 4.00 pagi berikutan para peserta dan Abang fasi terlajak tidur asyik dibuai mimpi yang indah. Aktiviti ini bermula dari jam 4.00 pagi sehinggalah masuk waktu subuh. Selepas solat subuh, salah seorang daripada para peserta telah dipilih untuk menyampaikan tazkirah. Peserta yang bernasib baik dipilih untuk menyampaikan tazkirah ialah saudara Khairul Anwar.
Tepat pada jam 7.30 pagi, aktiviti yang dikenal sebagai aktiviti membuat 'martabak jawa' dijalankan. Aktiviti ini telah dijayakan oleh semua peserta yang terlibat dalam program ini. Aktiviti ini dijangkakan akan habis pada jam 9.00 pagi namun oleh kerana terdapat sedikit kekangan teknikal semasa aktiviti berjalan dan "ketidakpakaran" para peserta dalam aktiviti seperti ini, maka aktiviti ini terpaksa dilanjutkan sehingga jam 9.50 pagi. Selesai aktiviti ini, tepat pada jam 10.00 pagi. Satu akviti iaitu aktiviti mempelajari Al-Kitab (Bible) telah berlangsung. Dalam aktiviti ini, para peserta telah didedahkan mengenai kecacatan/kelemahan yang terdapat di dalam Bible. Tujuan aktiviti ini dijalankan adalah untuk memantapkan aqidah para remaja disamping membolehkan remaja untuk menangkis hujah para missionari-missionari kristian. Aktiviti ini tamat pada jam 11.15 pagi.
Seterusnya, para peserta telah mengikat resolusi dengan Persatuan Siswazah Sabah (PSS) bagi pembentukan Kelab Remaja Ukhuwah (KRU) cawangan kundasang. Pada hari tersebut juga Carta Organisai telah dibentuk. Dengan demikian terbentuklah satu lagi cawangan KRU yang baru iaitu Kelab Remaja Ukhuwah Kundasang (KRUK).